Mozilla tidak mengenakan bayaran untuk muat turun, naik taraf atau sokongan teknikal, dan tidak mengendors mana-mana syarikat. Syarikat yang meminta bayaran dan maklumat peribadi untuk memasang, mengemaskini atau menyediakan sokongan teknikal untuk Firefox atau Thunderbird, adalah syarikat yang tiada kaitan dengan Mozilla dan perlu dielakkan.
Jadual Kandungan
Penipuan sokongan teknikal lazim
- Amaran virus yang meminta anda membuat panggilan ke nombor tertentu, memuat turun perisian atau meminta izin untuk mengimbas virus.
- Syarikat yang menggunakan jenama dan logo Mozilla yang meminta bayaran untuk memasang, membaiki dan mengemaskini Firefox atau Thunderbird.
- Panggilan telefon oleh "wakil Mozilla" yang memaksa anda membuat bayaran kerana memberikan perkhidmatan atau akses kepada komputer anda.
Jika anda berhadapan dengan penipuan ini, rujuk di Federal Trade Commission (USA) atau Econsumer.gov (international).
Lindungi diri anda daripada penipuan
- Layari laman rasmi Sokongan Mozilla (https://support.mozilla.org) atau sumber lain yang diktiraf untuk semua isu sokongan teknikal. Tidak ada syarikat sokongan teknikal yang diendors oleh Mozilla, dan jika ada syarikat lain yang menggunakan nama atau logo Mozilla yang mendakwa menjadi gabungan Mozilla, perlu dilaporkan di sini.
- Mozilla tidak menawarkan sokongan teknikal melalui telefon. Jangan telefon atau beri maklumat kepada agen yang mendakwa mewakili Mozilla.
- Muat turun perisian Mozilla dari sumber rasmi sahaja.
- Halaman rasmi muat turun Firefox
- Halaman rasmi muat turun Thunderbird
- Apabila memuat turun sesuatu ke dalam telefon atau tablet dari sumber yang menggunakan logo Firefox, sila semak maklumat pembangun dan pastikan bahawa sumber itu memang dikeluarkan oleh Mozilla.
Laporkan penyalahgunaan cap dagangan
Bantu menghentikan penipuan. Jika anda terjumpa ada pihak yang menggunakan nama atau logo Firefox atau Thunderbird untuk mewakili Mozilla, hantarkan laporan penipuan.