Firefox Focus untuk Android - Soalan Lazim

Firefox Focus Firefox Focus Terakhir dikemaskini: 08/07/2017 77% of users voted this helpful

Terima kasih kerana mencuba Firefox Focus untuk Android. Di sini ada beberapa isu yang diketahui, yang kami sedang usahakan dengan gigih untuk mengatasinya, jadi harap bersabar kerana ada lebih banyak ciri yang menarik akan muncul.

Apa cara untuk mengambil skrinsyot?

Skrinsyot dinyahdayakan semasa Firefox Focus dalam mod halimunan, tapi anda boleh menukarnya dalam menu tetapan. Lihat Saya tidak boleh ambil skrinsyot dalam Firefox Focus untuk arahan langkah demi langkah.

Kenapa saya tidak boleh menonton video skrin penuh dalam sesetengah halaman?

Video dalam sesetengah laman tidak akan dipaparkan penuh skrin dalam Firefox Focus untuk Android, tapi kami sudah membaiki masalah ini dalam Vimeo. Kami sudah maklum akan isu ini dan kami berusaha untuk mengatasinya. Harap bersabar!

Saya tidak nampak tetingkap dialog

Anda menggunakan version permulaan Firefox Focus (terima kasih kerana membantu kami mempertingkatkannya!) yang masih belum menyokong tetingkap dialog, seperti pop-up keizinan. Kami sedang mencari penyelesaiannya, jadi tunggu sahaja.

Adakah penjejak disekat mengikut laman atau dalam keseluruhan sesi saya?

Penunjuk Penjejak Disekat dalam menu Firefox Focus menunjukkan bilangan penjejak yang disekat dalam laman web tertentu.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More