Selamat datang ke Mozilla Firefox! Kami akan tunjukkan anda asas memulakan pelayaran. Apabila sudah mahir asas ini, lawati pautan ciri lain yang boleh anda teroka.
Jadual Kandungan
Menetapkan atau menukar halaman utama anda
"Pilih halaman yang akan dibuka apabila anda memulakan Firefox atau klik butang Halaman Utama". '
- Buka tab laman web yang anda mahu jadikan sebagai halaman utama anda.
- Seret dan letak tab ke dalam butang Halaman utama .
- Klik untuk tetapkan ini sebagai halaman utama anda.
Lebih banyak pilihan boleh anda temukan dalam Artikel halaman utama..
Carian dalam web
Pilih enjin carian kegemaran anda dengan bar Carian terbina-dalam Firefox.
- Mulakan menaip dalam bar carian dan pilih enjin carian yang anda mahu.
Ketahui selanjutnya perihal helah carian dengan Artikel bar Carian.
Tandabuku laman web
Simpan laman kegemaran anda.
- Untuk mencipta tandabuku, klik pada bintang dalam bar alatan. Bintang ini akan bertukar menjadi biru dan tandabuku untuk halaman yang sedang anda layari itu sudah dicipta dalam folder Tandabuku tanpa susunanTandabuku Lain-lain. Itu sahaja!
Untuk maklumat lanjut, lihat Artikel tandabuku.
Cari apa saja dalam Bar Utama
Kami suka memanggil bar alamat Firefox ini sebagai "Bar Utama" kerana boleh mendapatkan halaman yang anda sudah lawati dengan pantas.
- Mulakan menaip dalam bar alamat dan anda akan lihat satu senarai halaman sejarah pelayaran atau tandabuku anda. Apabila terjumpa halaman yang anda mahu, cuma klik sahaja padanya.
Untuk ketahui selanjutnya perihal helah, lihat Artikel Bar Utama.
Pelayaran Peribadi
Ciri Pelayaran Peribadi Firefox membolehkan anda melayari Internet tanpa menyimpan maklumat laman dan halaman yang anda lawati dalam komputer anda.
- Klik butang menu dan kemudian klik
Ketahui selanjutnya perihal cara Pelayaran Peribadi berfungsi.
Penyesuaian menu atau bar alatan
Anda boleh tukar item yang dipamerkan dalam menu atau bar alatan.
- Klik butang menu Imej "new fx menu" tidak wujud. dan pilih
- Satu tab khas akan dibuka, dan anda boleh heret dan letakkan item ke dalam atau keluar menu dan bar alatan.
.
- Apabila sudah siap, klik butang hijau .
Ketahui selanjutnya perihal Penyesuaian Firefox.
Tambah ciri Firefox dengan add-ons
Add-ons adalah ciri tambahan yang anda boleh pasang dalam Firefox supaya berfungsi mengikut cara yang anda mahu.
-
Klik butang menu dan pilih
. Tab Pengurus Add-ons akan dibuka. - Dalam tab Pengurus Add-ons, pilih panel .
- Untuk mendapatkan maklumat lanjut perihal Add-on atau Tema Sorotan, klik padanya. Kemudian anda boleh klik butang hijau
- Anda juga boleh cari add-ons tertentu menggunakan kotak carian pada bahagian atas halaman tersebut. Anda boleh pasang mana-mana add-ons yang anda suka dengan menekan butang
untuk memasangnya.
- Anda juga boleh cari add-ons tertentu menggunakan kotak carian pada bahagian atas halaman tersebut. Anda boleh pasang mana-mana add-ons yang anda suka dengan menekan butang
- Firefox akan memuat turun add-on tersebut dan anda mungkin diminta mengesahkan bahawa anda mahu memasangnya.
- Klik jika ada dipamerkan. Tab anda akan disimpan dan dipulihkan selepas mula semula.
-
Klik butang menu dan pilih
. Tab Pengurus Add-ons akan dibuka. - Dalam tab Pengurus Add-ons, pilih panel .
- Untuk memasang add-on sorotan, klik butang togol kelabu, yang akan bertukar menjadi hijau. Untuk menyahpasang add-on yang sudah dipasang, klik butang togol itu sekali lagi.
Pada bahagian bawah senarai add-ons sorotan, ada butang addons.mozilla.org iaitu, tempat untuk anda cari add-ons tertentu.
yang anda boleh klik. Anda akan dibawa keUntuk ketahui selanjutnya perihal add-ons, lihat Cari dan pasang add-ons untuk menambah ciri dalam Firefox..
Pastikan Firefox anda sentiasa sync
Akses tandabuku, sejarah, dan kata laluan anda serta banyak lagi daripada mana-mana peranti.
- Pertama sekali, cipta Akaun Firefox:
- Klik butang butang menu dan pilih dan ikuti arahan untuk mencipta akaun anda.
- Kemudian, daftar masuk untuk membuatt hubungan dengan peranti lain.
Untuk arahan lebih terperinci, lihat Cara menetapkan Sync dalam komputer
Dapatkan bantuan
Jika anda ada soalan lanjut atau perlu bantuan berkenaan Firefox, anda berada dalam laman web yang betul.
- Laman ini ada beratus-ratus artikel yang meliputi hampir keseluruhan soalan yang mungkin anda ada berkenaan Firefox.