Template "UpdateAndroid" tidak wujud atau tiada semakan yang diluluskan.
Firefox untuk Android menyediakan lebih banyak pilihan untuk menonton video. Ciri penyiaran skrin kini membolehkan anda menghantar video ke pemain penstriman, seperti Roku, supaya anda boleh menontonnya dalam TV.
Apabila video sudah dimainkan dalam TV, anda boleh samada melayari laman lain atau tutup peranti Android tanpa mengganggu siaran video. Menarik? Kami akan tunjukkan anda caranya.
- Pastikan Roku menggunakan rangkaian WiFi yang sama dengan peranti Android anda.
- Buka Firefox dalam peranti Android anda , kemudian pergi ke laman web format video yang disokong oleh Roku. Jika peranti anda ada Adobe Flash Player yang didayakan, anda perlu menyahdayakan atau menyahpasang via Android Settings untuk menghalangnya daripada mempengaruhi format yang disokong.
- Tekan video yang mahu anda tonton.
- Tekan ikon Hantar ke
yang muncul samada di dalam bar alamat atau pemain video (selepas iklan tamat):
- Pilih Roku Streaming Player dalam menu Cast to Device.Pilih Roku dalam menu Send to Device.
- Video akan mula dimainkan selepas dimuatkan.
- Anda boleh jeda, atau henti video terus dari peranti Android anda, menggunakan kawalan pada bahagian skrin peranti: