Memasang Firefox dalam komputer anda adalah langkah pertama untuk menggunakannya. Kandungan artikel ini menjelaskan cara memasang Firefox dalam Linux. Untuk sistem pengoperasian lain, lihat Pasang Firefox dalam Windows dan Pasang Firefox dalam Mac.
Kebanyakan distribusi Linux memasukkan Firefox secara piawai, dan banyak juga yang ada sistem pengurusan pakej supaya anda boleh pasang Firefox dengan mudah. Secara umum, anda perlu pasang menggunakan pengurus pakej. Pengurus pakej akan:
- Memastikan bahawa anda ada semua pustaka yang diperlukan
- Memasang Firefox mengikut cara yang paling sesuai dengan distribusi anda
- Mencipta pintasan untuk melancarkan Firefox
- Memastikan Firefox boleh digunakan oleh semua pengguna komputer anda
- Memastikan bahawa proses mengalih keluar Firefox sama seperti mengalih keluar aplikasi lain
Pengurus pakej juga ada beberapa kelemahan:
- Mungkin tidak menyediakan versi Firefox yang terkini
- Mungkin menyediakan versi tanpa jenama Firefox
Pasang menggunakan pengurus pakej
Untuk memasang Firefox menggunakan pengurus pakej, sila rujuki dokumentasi distribusi Linux yang berkaitan.
Pasang tanpa menggunakan pengurus pakej
Arahan lengkap pemasangan Firefox tanpa menggunakan pengurus pakej mungkin ada disediakan dalam laman web sokongan distribusi berkaitan. Sebagai contoh:
- Sebelum pasang Firefox, pastikan bahawa anda sudah pasang pustaka yang diperlukan dalam komputer anda. Tanpa pustaka berkenaan, Firefox tidak akan dapat beroperasi.
- Fail pemasangan yang disediakan oleh Mozilla dalam format .tar.bz2 tidak mengandungi sumber, tapi fail binari pra-susun yang anda hanya perlu keluarkan dan laksanakannya. Tidak perlu lagi menyusun atur cara daripada sumber.
- Ikuti arahan berikut untuk memasang Firefox ke dalam direktori utama, dan hanya pengguna semasa boleh melaksanakannya.
- Muat turun Firefox dari halaman muat turun Firefox ke dalam direktori utama.
- Nota: Jika anda mahu pilih bahasa dan sistem pengoperasian untuk pemasangan Firefox, sila layari halaman muat turun Sistem & Bahasa.
- Buka Terminal dan pergi ke direktori utama:
cd ~
- Ekstrak kandungan fail yang dimuat turun:
tar xjf firefox-*.tar.bz2
- Tutup Firefox, jika ada yang terbuka.
- Untuk memulakan Firefox, lancarkan skrip firefox di dalam folder firefox:
~/firefox/firefox
Firefox sepatutnya sudah boleh dibuka. Anda boleh cipta ikon dalam skrin desktop untuk melaksanakan arahan ini.
ralat libstdc++5
Seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu pasang pustaka yang diperlukan supaya Firefox dapat berfungsi. Kebanyakan distribusi tidak memasukkan fail libstdc++5 secara piawai.
mesej "firefox tidak dipasang" atau Firefox memulakan versi yang salah
Jika anda pasang mengikut arahan yang diberikan di atas, Firefox perlu dimulakan (di dalam Terminal atau pelancar dalam Desktop, sebagai contoh) menggunakan arahan: ~/firefox/firefox
Jika anda cuba memulakan Firefox di dalam Terminal menggunakan arahan: firefox
, Firefox akan samada memulakan versi pemasangan-pengurus-pakej atau anda akan dapat mesej bahawa atur cara itu tidak dipasang.