Thunderbird menyimpan maklumat peribadi, seperti mesej, kata laluan dan keutamaan, di dalam satu set fail yang dipanggil "profil" yang disimpan berasingan daripada lokasi fail atur cara Thunderbird. Walaupun pengguna boleh mencipta berbilang profil, sebilangan besar pengguna hanya ada satu profil piawai. (Lihat Use multiple profiles in Thunderbird untuk maklumat lanjut).
Jadual Kandungan
Apakah profil?
Dalam Thunderbird, profil adalah storan dua set item utama. Pertama, storan mel lokal dan salinan mesej yang mungkin berada dalam pelayan mel (bergantung pada konfigurasi akaun). Kedua, storan perubahan yang anda buat semasa menggunakan Thunderbird (sebagai contoh, perubahan tetapan akaun dan bar alatan).
Apabila dipasang, Thunderbird mencipta profil yang dipanggil "default". Profil ini akan digunakan secara automatik kecuali anda ubah dalam Pengurus Profil dengan mencipta profil baru.
Di manakah storan profil?
Fail profil disimpan secara berasingan daripada fail atur cara Thunderbird. Fail atur cara ini statik dan tidak berubah (kecuali apabila anda menaikkan taraf versi aplikasi Thunderbird). Oleh kerana storan fail profil dan fail atur cara berasingan, anda boleh menyahpasang Thunderbird tanpa kehilangan mesej dan tetapan, dan jika ada sesuatu yang tidak kena dengan Thunderbird, anda masih boleh mengemaskini maklumat anda. Ini juga bermakna bahawa anda tidak perlu pasang semula Thunderbird jika anda mahu menghapuskan maklumat anda atau menyelesaikan masalah.
Setiap profil disimpan di dalam folder profil di dalam cakera keras komputer. Folder ini diberi nama mengikut konvensyen berikut:
<random_string>.<profile_name>
...iaitu, "<random_string>" ialah lapan digit yang dijana oleh Thunderbird secara rawak, dan "<profile_name>" ialah nama yang anda berikan kepada profil. Lokasi folder ini berubah bergantung pada sistem pengoperasian (dan samada anda menentukan lokasi bukan-piawai atau tidak apabila anda mencipta profil):
Ringkasan Lokasi Profil
%APPDATA%\Thunderbird\Profiles\xxxxxxxx.default\
- %APPDATA% adalah ringkasan untuk folder C:\Users\<username>\AppData\Roaming\C:\Documents and Settings\<username>\Application Data\, yang bergantung pada nama akaun pengguna Windows anda.
~/Library/Thunderbird/Profiles/xxxxxxxx.default/
- The tilde character (~) refers to the current user's Home folder, so ~/Library is the /Macintosh HD/Users/<username>/Library folder.
~/.thunderbird/xxxxxxxx.default/
Cara untuk mencari profil
- Klik butang atau bar menu.
- Dalam menu , klik .
- Dalam bahagian Application Basics, Profile FolderProfile Directory, klik .
- Tetingkap Windows Explorer Mac FinderFiles akan memaparkan nama profil serta laluannya.
Mencipta profil sandaran
Untuk mencipta profil sandaran, pertama sekali tutup Thunderbird, jika terbuka, dan kemudian salin folder profil ke lokasi lain.
- Tutup Thunderbird.
- Cari lokasi folder profil, seperti yang dijelaskan di atas.
- Pergi satu tahap di atas folder profil, iaitu, %APPDATA%\Thunderbird\Profiles\~/Library/Thunderbird/Profiles/~/.mozilla/Thunderbird/
- Klik-kananHold down the Ctrl key while you click pada folder profil (contoh, xxxxxxxx.default), dan pilih .
- Klik-kananHold down the Ctrl key while you click dalam lokasi sandaran (contoh, USB atau cakera CD-RW yang kosong), dan pilih .
Memulihkan profil sandaran
- Tutup Thunderbird.
- Jika nama folder profil sekarang sama dengan nama folder profil sandaran, tukar sahaja folder profil sekarang dengan profil sandaran, kemudian mulakan semula Thunderbird. Penting: Nama kedua-dua folder profil mesti sepadan supaya tindakan ini dapat berfungsi, termasuk 8 string aksara rawak. Jika namanya tidak sepadan, atau anda memulihkan sandaran di lokasi yang lain, ikuti langkah berikut.
Memulihkan di lokasi lain
Jika nama folder profil tidak sepadan, atau anda mahu memulihkan sandaran di lokasi yang lain, ikuti langkah berikut:
- Tutup Thunderbird.
- Gunakan Pengurus Profil Thunderbird untuk mencipta profil baru di lokasi yang anda mahu, dan kemudian tutup Pengurus Profil. Nota: Jika anda pasang Thunderbird dalam komputer lain, anda boleh gunakan sahaja profil piawai yang dicipta secara automatik apabila Thunderbird dilancarkan buat pertama kali, iaitu tidak perlu lagi mencipta profil baru.
- Cari lokasi folder profil sandaran, samada di dalam cakera keras atau medium sandaran (contoh, USB).
- Buka sandaran folder profil (contoh, sandaran xxxxxxxx.default).
- Salin semua kandungan sandaran folder profil, seperti fail mimeTypes.rdf, fail prefs.js, dsb.
- Cari dan buka folder profil baru seperti yang dijelaskan di atas dan kemudian tutup (jika terbuka).
- Tampal semua kandungan folder profil sandaran ke dalam folder profil baru, supaya menulis ganti nama fail yang sama.
- Buka Thunderbird.
Mengalihkan profile
Sekali sekala, anda mungkin mahu mengalihkan profil atau mahu supaya Thunderbird menggunakan profil yang disimpan di lokasi yang lain.
- Tutup Thunderbird.
- Alihkan folder profil ke lokasi yang anda mahu. Sebagai contoh, dalam Windows XP, alihkan profil dari C:\Documents and Settings\[username]\Application Data\Thunderbird\Profiles\xxxxxxxx.default ke D:\Stuff\MyMailProfile (Jika anda mengembalikan profil sandaran, tidak perlu ikuti langkah ini. Hanya berikan perhatian kepada lokasi profil sekarang yang anda mahu pulihkan.)
- Buka fail profiles.ini di dalam editor teks. Fail ini terletak di dalam folder data aplikasi Thunderbird:
- Laluannya ialah %AppData%\Thunderbird\ untuk Windows~/.thunderbird/ untuk Linux~/Library/Thunderbird/ for Mac OS X.
- Dalam fail profiles.ini, cari entri profil yang anda baru alihkan. Tukar barisan Path= ke lokasi baru.
- Jika anda bertukar daripada laluan relatif kepada laluan bukan-relatif, arah garis miring perlu ditukar. Sebagai contoh, dalam Windows, laluan bukan-relatif menggunakan garis miring belakang, yang relatif pula menggunakan garis miring hadapan. Tukar IsRelative=1 ke IsRelative=0.
- Simpan profiles.ini dan mulakan semula Thunderbird.
Rujukan Lain
- Artikel Pengurus Profil dalam MozillaZine
- Artikel Sandaran Profil dalam MozillaZine