Apabila disambungkan ke laman web yang selamat (URL bermula dengan "https://"), Firefox mesti mengesahkan sijil yang disediakan oleh laman web itu adalah sah dan enkripsinya cukup kuat untuk melindungi privasi anda. Jika sijil tidak dapat disahkan atau enkripsinya tidak cukup kuat, Firefox akan menghentikan sambungan ke laman web tersebut dan memaparkan halaman ralat.
Dalam sesetengah laman web, ada pilihan untuk melaporkan ralat sambungan keselamatan ini ke Mozilla bagi tujuan statistik:
Untuk menyelesaikan masalah sambungan selamat dengan mesej ralat Secure Connection Failed, lihat Artikel Sambungan selamat gagal dan Firefox tidak menyambung.
Apabila disambungkan ke laman web yang selamat (URL bermula dengan "https://"), Firefox perlu mengesahkan bahawa sijil yang disediakan oleh laman web itu adalah sah dan enkripsinya cukup kuat untuk melindungi privasi anda. Jika sijil tidak dapat disahkan atau enkripsinya tidak cukup kuat, Firefox akan menghentikan sambungan ke laman web tersebut dan memaparkan halaman ralat.
- Untuk menyelesaikan masalah sambungan selamat dengan mesej ralat Secure Connection Failed, lihat Artikel Sambungan selamat gagal dan Firefox tidak menyambung
Jadual Kandungan
Apa anda perlu buat apabila terjumpa ralat ini?
Jika terjumpa mesej ralat ini, jika boleh, anda perlu menghubungi pemilik laman web dan memaklumkan mereka perihal ralat tersebut. Anda disyorkan supaya menunggu sehingga laman web ini dibaiki sebelum kembali melayarinya. Perkara paling selamat ialah klik
, atau lawati laman web yang lain. Kecuali anda tahu dan faham alasan teknikal kenapa laman web itu menyediakan identiti yang tidak betul, dan anda sedia mengambil risiko berkomunikasi melalui sambungan yang terdedah kepada pengintip, anda tidak sewajarnya meneruskan melayari laman web berkenaan.Maklumat Teknikal
Klik
untuk maklumat lanjut perihal kenapa sambungan tidak selamat. Beberapa ralat lazim ada dijelaskan di bawah:Sijil tidak akan sah sehingga (tarikh)
Error code: SEC_ERROR_EXPIRED_ISSUER_CERTIFICATE
Teks ralat juga akan memaparkan tarikh dan masa semasa sistem anda. Jika masa sistem anda tidak betul, set jam sistem anda mengikut tarikh dan masa sekarang (dwi-klik ikon jam pada Windows Taskbar) untuk mengatasi masalah ini. Butiran lanjut boleh didapatkan dalam artikel sokongan Sambungan selamat gagal dan Firefox tidak menyambung
Sijil ini luput pada (tarikh)
Error code: SEC_ERROR_EXPIRED_CERTIFICATE
Ralat ini terjadi apabila sijil identiti laman web sudah luput.
Teks ralat juga akan memaparkan tarikh dan masa semasa sistem anda. Jika masa sistem anda tidak betul, set jam sistem anda mengikut tarikh dan masa sekarang (dwi-klik ikon jam pada Windows Taskbar) untuk megatasi masalah ini. Butiran lanjut ada disediakan dalam artikel sokongan Cara menyelesaikan ralat berkaitan masa dalam laman web yang selamat.
Sijil tidak dipercayai kerana pengeluar sijil tidak diketahui
The server might not be sending the appropriate intermediate certificates.
An additional root certificate may need to be imported.
Error code: SEC_ERROR_UNKNOWN_ISSUER
Anda mungkin telah mendayakan pengimbasan SSL dalam perisian keselamatan seperti Avast, Bitdefender, ESET atau Kaspersky. Cuba nyahdayakan pilihan ini. Butiran lanjut ada disediakan dalam artikel sokongan Cara menyelesaikan kod ralat "SEC_ERROR_UNKNOWN_ISSUER" dalam laman web yang selamat.
Anda mungkin juga dapat melihat mesej ralat ini dalam laman utama seperti Google, Facebook, YouTube dan sebagainya dalam Windows apabila akaun pengguna disekat oleh tetapan keluarga Microsoft. Untuk menyahaktifkan tetapan pengguna tertentu, lihat artikel sokongan Microsoft How do I turn off family features?.
Sijil ini tidak dipercayai kerana ditandatangani-sendiri
Error code: SEC_ERROR_UNKNOWN_ISSUER
Sijil ditandatangani-sendiri melindungi data anda selamat daripada pengintip, tapi tidak memaklumkan siapa penerima data tersebut. Ini biasanya untuk laman web intranet yang tidak dibuka kepada umum dan anda boleh pintas amaran laman web tersebut.
Sijil hanya sah untuk (nama laman)
The certificate is only valid for the following names: www.example.com, *.example.com
Error code: SSL_ERROR_BAD_CERT_DOMAIN
Ralat ini memaklumkan anda bahawa pengenalan yang dihantar kepada anda oleh laman ini sebenarnya untuk laman lain. walaupun maklumat yang anda hantar selamat daripada pengintip, penerimanya mungkin tidak seperti yang anda sangka.
Situasi yang lazim ialah apabila sijil ini sebenarnya untuk bahagian lain dalam laman yang sama. Sebagai contoh, anda mungkin melayari https://example.com, tapi sijil ini untuk https://www.example.com. Dalam hal ini, jika anda akses https://www.example.com secara terus, anda sepatutnya tidak akan menerima amaran berkenaan.
Storan sijil rosak
Anda mungkin juga dapat melihat mesej ralat apabila fail dalam folder profil anda yang menyimpan sijil anda (cert8.db) rosak. Cuba buang fail ini semasa Firefox ditutup untuk menjanakannya semula:
Buka profil folder anda:
Klik menu butang , klik bantuan dan pilih
. Tab maklumat pencarisilapan akan dibuka.- Dalam bahagian Asas Aplikasi, klik folder. . Tetingkap fail profil anda akan dibuka
- Klik butang menu dan kemudian klik KeluarQuit .
- Klik fail dengan nama cert8.db.
- Tekan command+Delete.
- Mulakan semula Firefox.
- Nota:cert8.db akan dicipta semula apabila anda memulakan semula Firefox. Ini normal.
Memintas amaran
Anda boleh pintas amaran ini jika anda yakin dengan identiti laman web dan integriti sambungan anda - walaupun anda percaya laman web berkenaan, seseorang boleh menceroboh sambungan anda. Data yang anda masukkan ke dalam laman melalui sambungan enkripsi yang lemah itu juga boleh terdedah kepada pengintip.
Untuk memintas halaman amaran, klik
:- Dalam laman dengan enkripsi yang lemah, anda akan diberi pilihan untuk memuat laman menggunakan keselamatan yang lapuk.
- Dalam laman dengan sijil yang tidak disahkan, anda mungkin diberi pilihan untuk menambah pengecualian.
Melaporkan Ralat
Sesetengah laman web ada menyediakan pilihan untuk anda melaporkan ralat ke Mozilla bagi tujuan statistik: