Firefox Focus menyediakan anda pelayar privasi khusus dengan perlindungan penjejakan dan menyekat kandungan dalam telefon atau tablet Android.
Jadual Kandungan
Pasang Firefox Focus
Firefox Focus boleh didapatkan dari Google Play secara percuma. Apabila sudah dimuat turun, cari ikon dalam halaman utama atau laci app anda.
Gunakan Firefox Focus sebagai pelayar
Gunakan Firefox Focus sebagai pelayar khusus untuk privasi dan keselamatan anda. Firefox Focus menghapuskan sejarah pelayaran, kata laluan dan kuki secara automatik serta menghalang iklan yang tidak diingini daripada mengikuti anda.
- Bila-bila sahaja anda mahu rasai pengalaman-bebas-penjejak, gunakanlah Firefox Focus. Firefox Focus mudah untuk digunakan. Hanya masukkan carian atau alamat laman web di dalam medan:
- Untuk berkongsi halaman atau membukanya dalam Firefox biasa pelayar lain, tekan butang menu pada bahagian atas kanan dan pilih: Kongsi, Buka dengan Firefox untuk membuka halaman dalam Firefox biasa, atau Buka dengan... untuk membuka halaman dalam pelayar lain.
- Buang semua maklumat sesi anda pada bila-bila masa dengan menekan butang Buang:
Menyesuaikan tetapan perlindungan Firefox Focus
Sesuaikan tahap sekatan kandungan dan perlindungan penjejakan yang anda mahu. Enjin carian piawai: untuk menukar carian piawai anda, lihat Tukar enjin carian piawai anda dalam Firefox Focus untuk Android
- Buka Firefox Focus.
- Tekan butang menu pada bahagian atas kanan.
- Tekan Tetapan.
- Tekan suis di sebelah setiap ciri untuk diaktifkan atau dinyahaktifkan.
- Tekan butang undur atau tutup Firefox Focus. Firefox Focus akan menyimpan tetapan anda secara automatik.