Firefox untuk Android memudahkan halaman ditandabuku. Kandungan artikel ini menjelaskan cara untuk mencipta dan mengakses tandabuku.
Jadual Kandungan
Menambah atau membuang tandabuku
Tekan sahaja ikon bintang.
- Untuk menandabuku halaman, tekan butang menu (samada pada bahagian bawah skrin untuk sesetengah peranti atau pada bahagian bucu kanan atas pelayar)
dan tekan bintang.
- Untuk membuang tandabuku, tekan sahaja ikon bintang sekali lagi.
Anda juga boleh membuang tandabuku daripada dalam senarai:
- Tekan bar alamat dan kemudian tekan tab Tandabuku.Tekan bar alamat dan pilih .
- Tekan lama-lama tandabuku yang anda mahu buang.
- Kemudian tekan .
Cari tandabuku dengan pantas
Skrin Utama memudahkan anda mencari apa sahaja.
- Tekan bar alamat atau Buka tab baru dan mulakan menaip. Anda akan lihat senarai tandabuku (ditandakan dengan ikon bintang di sebelahnya) bersama-sama laman yang anda sudah layari dan carian web. Hanya tekan pada tandabuku yang anda mahu.
Anda juga boleh skrol tandabuku anda.
- Tekan bar alamat atau Buka tab baru dan kemudian pilih tab Tandabuku tanpa menaip.
- Pilih Tab baru.
Menambah tandabuku dalam skrin halaman utama
Mengakses laman kegemaran dengan hanya satu klik dari dalam skrin halaman utama.
- Pergi ke laman yang anda mahu, dan tekan bar alamat lebih kurang 2 saat.
- Kemudian pilih