Anda boleh mencipta dan menguruskan berbilang tab dengan mudah dalam Firefox untuk Android. Kandungan artikel ini ada menunjukkan cara untuk melaksanakannya.
Jadual Kandungan
Di mana tab saya?
Untuk melihat tab anda dalam Firefox untuk Android:
- Ikon tab bernombor pada bahagian kanan bucu atas skrin menunjukkan bilangan tab yang telah anda buka. Tekan untuk melihat semua tab berkenaan.
- Firefox memaparkan tab terbuka sebagai imej kecil (untuk tablet, senarai ini ada pada bahagian atas dalam mod potret dan pada bahagian kiri dalam mod lanskap). Layari tab dengan menekan padanya.
- Untuk menutup tab, tekan pada di sebelahnya.
"Tukar ke tab" menggunakan carian
Tekan bar tajuk dan masukkan teks. Jika anda taip sesuatu yang sepadan dengan tab yang terbuka, Firefox akan memaparkan pilihan "Tukar ke tab" dalam auto-cadangan. Dengan menekan "Tukar ke tab", anda akan terus ke tab sedia ada dan tidak perlu membuka tab yang baru.
Menyusun semula tab
Anda boleh susun semula tab dalam Firefox supaya lebih mudah dilihat. Untuk melakukannya, tekan dan tahan tab, dan seret ke tempat yang anda suka.
Apa caranya untuk buka tab?
Buka tab kosong
- Tekan ikon tab untuk memaparkan panel.
- Tekan
- Tab baru ini akan memuatkan Skrin serta senarai laman Teratas, Tandabuku dan Sejarah anda. Anda boleh pilih pilihan dalam skrin halaman utama ini atau mulakan carian baru atau taip URL.
Buka pautan dalam tab baru
- Untuk membuka pautan dalam tab baru, tekan lama-lama pada pautan untuk membuka menu konteks.
- Dalam menu konteks, tekan
- Untuk bertukar ke tab baru dengan pantas, tekan pilihan Tukar yang muncul serta-merta selepas anda buka tab baru.
Tab Peribadi
Tukar ke mod Pelayaran peribadi jika anda tidak mahu sejarah pelayaran atau carian anda disimpan oleh Firefox. Tekan ikon tab pada bahagian atas skrin, kemudian tekan ikon topeng.
Di sini anda boleh lihat senarai tab yang anda buka dalam mod Pelayaran peribadi, atau buka tab peribadi baru dengan ikon campur .
Apa caranya untuk berkongsi tab?
Firefox Sync membolehkan anda membuka tab yang dikongsikan dengan peranti anda yang lain.
Mendapatkan tab yang diselaraskan dalam peranti Android anda
Jika anda ada tab yang dibuka dalam peranti lain, anda boleh mengaksesnya dalam skrin halaman utama anda:
- Tekan dalam bar alamat untuk menyerlahkan skrin halaman utama.
- Skrol ke kiri hingga anda dapat lihat panel Tab Sync:
- Anda akan lihat tab yang dibuka dalam senarai yang dihimpun mengikut peranti.
Jika anda ada tab yang dibuka dalam peranti lain, anda boleh mengaksesnya dalam skrin halaman utama anda:
- Tekan dalam bar alamat untuk menyerlahkan skrin halaman utama.
- Skrol ke panel Sejarah untuk melihat Tab Sync:
Hantar tab daripada peranti Android anda
Jika anda ada tab yang dibuka dalam peranti Android, anda boleh guna ciri Hantar ke peranti lain untuk membuka tab itu dalam komputer:
- Tekan butang menu (samada pada bahagian bawah skrin untuk sesetengah peranti atau pada bahagian bucu kanan atas pelayar) dan kemudian butang kongsi (anda mungkin perlu tekan dulu ) .
- Pilih
- Pilih peranti yang anda mahu hantarkan halaman tersebut, dan kemudian tekan .
- Tab itu akan dimuatkan ke dalam peranti anda yang lain selepas anda laksanakan sync (biasanya lebih kurang satu minit). Jika anda sudah hantar tab ke komputer desktop atau komputer riba dan mahu memuatkan tab tersebut terlebih dahulu, pergi ke menu dan pilih .
Apa caranya untuk tutup tab?
Lihat senarai tab anda dan tekan di sebelah tab yang anda mahu tutup.
Jika anda tertutup tab secara tidak sengaja, jangan risau! Anda boleh pulihkan tab terakhir dengan menekan cepat-cepat pilihan Batal yang muncul sekejap sahaja sejepas anda tutup tab tab.
Tutup semua tab terbuka
Untuk menutup semua tab terbuka, tekan ikon senarai tab, kemudian tekan utang menu Template "androidmenulocation" tidak wujud atau tiada semakan yang diluluskan., kemudian
.- Jika butang menu tidak muncul seperti yang ditunjukkan, tekan butang menu perkakasan pada peranti anda.
Papar dan buka semula tab yang ditutup
Untuk melihat senarai tab yang baru sahaja anda tutup, kembali ke Skrin Utama (jika belum dalam skrin berkenaan, tekan bar URL bar) dan sapu ke kanan hingga anda dapat lihat panel Tab Terkini. Di sini, anda boleh tinjau dan buka semula tab individu atau keseluruhan sesi:
Untuk melihat senarai tab yang baru sahaja anda tutup, kembali ke Skrin Utama (jika belum dalam skrin berkenaan, tekan bar URL bar) dan sapu ke kanan hingga anda dapat lihat panel Tab Terkini. Di sini, anda boleh tinjau dan buka semula tab individu atau keseluruhan sesi: