Kandungan artikel ini menjelaskan cara memulakan Firefox untuk Android dalam tablet, dengan membezakan antara pengalaman pengguna tablet dengan telefon (dikenali sebagai UX). Pengguna Firefox untuk Android dalam tablet dapat lebih kawalan yang tersedia dalam bar atas kerana ada kelebihan saiz skrin yang lebih besar.
Imej yang berikut memaparkan antara muka mod potret Firefox untuk Android dalam tablet.
Imej yang berikut memaparkan antara muka mod potret Firefox untuk Android dalam tablet skrin 7":
Navigasi dan menu pada bahagian atas skrin, dari kiri ke kanan, seperti yang dipaparkan dalam skrinsyot di atas:
- Ikon tab - Memaparkan bilangan tab terbuka, tekan tab untuk memaparkan tab dalam bar sisi. Untuk sorok tab dalam mod lanskap, sapu tab ke kiri hingga margin tab hitam. Untuk sorok tab dalam mod potret, sapu tab ke atas pada halaman web semasa.
- Bar lokasi - Tekan bar lokasi untuk mengakses sejarah dan tandabuku. Atau taip alamat atau carian, kemudian tekan Enter pada papan kekunci sentuh.
- Muat semula halaman - Tekan untuk memuat semula halaman.
- Tandabuku halaman - Tekan bintang untuk menambah halaman ke dalam senarai tandabuku. Dalam tablet 7", bintang dipaparkan di dalam menu, bukan pada bahagian atas skrin untuk menjimatkan ruang skrin.
- Menu Utama - Tekan untuk mengakses menu Firefox untuk Android (tablet 7" memaparkan bintang tandabuku di dalam menu, bukan dalam bar atas).
Firefox dioptimumkan untuk semua saiz skrin peranti Android! Kami akan tunjukkan cara melayar web menggunakan Firefox dalam tablet yang telah dipertingkatkan.
Jadual Kandungan
Tandabuku
Tekan ikon bintang untuk menyimpan halaman kegemaran anda supaya boleh dilayari nanti. Untuk mengalih keluar tanda buku, layari laman yang anda mahu alih keluar, kemudian tekan ikon bintang sekali lagi.
- Jika skrin tablet anda kurang 10", tekan butang menu untuk melihat butang (bintang) tandabuku.
Sejarah
Firefox menyusun sejarah pelayaran mengikut bulan, dan anda boleh melihat laman web yang anda layari hari ini, semalam atau seminggu lepas. Untuk memaparkan sejarah pelayaran, tekan bar alamat untuk menyerlahkan skrin halaman utama, kemudian sapu ke panel Sejarah. Tukar ke paparan lanskap untuk melihat sejarah yang dihimpunkan mengikut bulan.
Bar Alamat
Tekan bar alamat untuk menyerlahkan skrin halaman utama, membuat carian dalam Web, atau masukkan alamat.
- Menyerlahkan skrin halaman utama: Menekan bar alamat akan menyerlahkan home screen, tempat untuk anda mengakses tandabuku, senarai bacaan, tab yang sudah diselaraskan dengan peranti lain, dan laman yang kerap dilayari.
- Memulakan carian: Cari dalam Web, tandabuku, sejarah atau tab terbuka, semuanya dalam satu tempat. Hanya masukkan carian dalam medan dan Firefox akan memadankan hasil carian semasa anda menaip.
- Masukkan alamat Web: Masukkan alamat laman web yang anda mahu layari.
Tab
Anda boleh buka berbilang tab dalam Firefox untuk Android. Tab terbuka akan muncul dalam jalur tab pada bahagian atas bar alatan.
Membuka tab baru
Klik simbol campur
untuk membuka tab baru.Melihat tab terbuka
Skrol ke kiri atau ke kanan untuk melihat tab terbuka yang lain.
Untuk memaparkan galeri tab terbuka:
- Tekan nombor tab:
- Semua tab terbuka akan muncul dalam paparan galeri.
- Di sini, anda juga boleh tekan ikon Private Browsing untuk membuka tab peribadi untuk laman yang anda tidak mahu simpan sejarahnya.
Menutup tab
Untuk menutup tab:
- Tekan pada simbol x pada bahagian bucu atas-kanan tab.
- Dalam paparan senarai tab, tekan x pada bahagian bucu setiap tab . Jika ada berbilang tab terbuka, sapu ke tepi setiap tab untuk menutupnya.
Butang Menu
Tekan untuk menggunakan ciri Firefox yang lain, seperti menghantar kandungan ke Chromecast atau Roku, atau menukar tetapan atau penyesuaian.
Butang memuat semula
Tekan butang ini untuk melihat perubahan dalam halaman.
Berkongsi dan menyelaraskan tab
Kini anda sudah faham perkara asas, lihat Menggunakan Tab dalam Firefox untuk Android untuk maklumat berkaitan berkongsi dan menyelaraskan tab anda.