Memindahkan Data Thunderbird ke dalam Komputer Lain

Kandungan artikel ini mungkin lapuk.

Perubahan penting telah dibuat dalam kandungan artikel Bahasa Inggeris yang menjadi sumber terjemahannya. Oleh kerana kandungan halaman ini masih belum dikemas kini, kandungan artikel ini mungkin boleh membantu anda: Moving Thunderbird Data to a New Computer

Thunderbird Thunderbird Dicipta: 100% of users voted this helpful

Menggunakan menu bestari Windows Easy Transfer

Dalam versi terbaru Windows, ada Easy Transfer Wizard yang membolehkan anda memindahkan data, dokumen, video dan e-mel ke dalam komputer lain. Tetapan piawai menu bestari ini walau bagaimanapun, tidak memindahkan data Thunderbird. Tapi, caranya cukup mudah untuk mengubah perisian ini supaya boleh memindahkan data Thunderbird.

Apabila menu bestari selesai melaksanakan rutin "Checking what can be transferred", pilihan penyesuaian akan muncul di bawah nama akaun. Klik pilihan ini supaya membuka dialog untuk mengakses pilihan lanjutan.

ETOptionsDialog

Klik Advanced pada bahagian bawah senarai, yang akan membuka dialog pemilihan fail. Kembangkan folder Application data dan tandakan dalam kotak di sebelah folder Thunderbird seperti yang ditunjukkan di bawah.

ETFilePicker

Klik Save dan teruskan menu bestari. Kini, data Thunderbird dimasukkan ke dalam keseluruhan data yang akan dipindahkan dari dalam komputer sekarang ke dalam komputer lain.

Memindahkan fail secara manual

Jika anda bertukar daripada satu sistem pengoperasian kepada sistem yang lain (contohnya, bertukar daripada sistem Windows kepada Mac), anda perlu memindahkan profil dari dalam satu komputer ke dalam komputer yang lain. Anda perlu membuat sandaran profil terlebih dahulu dengan mengikuti arahan dalam halaman Profil, diikuti dengan arahan dalam halaman "Memulihkan ke dalam lokasi lain."

Menggunakan Gmail untuk memindahkan mesej

Dalam kaedah ini, anda memindahkan mesej ke dalam akaun Gmail dan kemudian menyelaraskannya dengan pemasangan Thunderbird.

  1. Cipta akaun Gmail, jika masih belum ada akaun.
  2. Cipta akaun Thunderbird di dalam komputer yang sama dengan akaun Gmail anda.
  3. Pastikan sifat akaun Gmail anda dikonfigurasikan untuk menggunakan IMAP, bukannya POP3.
  4. Dalam Thunderbird, cipta sub-folder yang sepadan dengan akaun Gmail untuk setiap folder mesej yang anda mahu alihkan. Secara automatik, Thunderbird akan mencipta folder yang sepadan di dalam akaun Gmail anda. Anda boleh cipta sub-folder tersarang. Sebagai contoh...

    Thunderbird folders
  5. Bagi setiap folder yang anda mahu alihkan, pergi ke folder asal dalam Thunderbird, pilih semua mesej, klik-kanan dan pilih Copy To dan kemudian pilih folder yang sepadan dalam akaun Gmail. Semasa Thunderbird menyalin mesej ke dalam folder baru, mesej tersebut juga akan disalin ke dalam storan atas talian Gmail anda.
  6. Di dalam komputer lain, pasang dan cipta akaun Thunderbird dan Gmail.
  7. Folder dan mesej atas talian anda sepatutnya sudah tersedia dalam Thunderbird di dalam komputer berkenaan. Apabila anda klik setiap folder, semuanya akan diselaraskan dengan akaun Gmail anda.

Rujukan lain

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More